Indexed by


SCImago Journal & Country Rank
Open Access Policy
  GJAT provides immediate open access to its content on the principle that making research freely available to the public supports a greater global exchange of knowledge.


Committee on Publication Ethics
This journal is a member of and subscribes to the principles of the Committee on Publication Ethics (COPE) www.publicationethics.org
ISSN & E-ISSN
 
ISSN (print): 2232-0474
E-ISSN (online): 2232-0482

Valid CSS!


Creative Commons License
Global Journal Al-Thaqafah is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Article 56

This Article Volume  4 Issue 1

First published June 2014, doi : 10.7187/GJAT562014.04.01
Publisher Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak, Malaysia.
 
Kefahaman Konsep Asas Dialog Antara Agama di Kalangan Ketua Agama
Islam dan Kristian di Malaysia dan Kesannya Terhadap Hubungan Sosial
Religious Leader (Islam & Christianity) Understanding of Inter-faith Dialogue Basic Concept in Malaysia
and its Effect to Social Relations
 
Khairulnizam Mat Karim
Khadijah Mohd Khambali@Hambali
Suzy Aziziyana Saili
 
Abstrak

Tujuan utama kajian ini adalah untuk (1) mengukur tahap kefahaman ketua agama (Islam dan Kristian) terhadap konsep asas dialog antara agama, (2) menganalisa faktor disebalik pemahaman yang dibina, dan (3) menganalisa kesan-kesan terhadap perhubungan sosial mereka. Kajian ini menggunakan kaedah Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling) dalam menentukan responden yang bersesuaian, dimana jumlah responden Islam dan Kristian adalah masing-masing 36 dan 37. Pengkaji menggunakan kaedah soalselidik dalam mengumpul maklumat dan Skala Likert (Likert Scale) (1-5) digunakan dalam mengukur tahap kefahaman dan kesannya, yang dibangunkan sebagai "Skala Tahap Kefahaman Dialog (SKTD)” dan "Skala Kesan Hubungan Sosial (SKHS)”. Pengkaji juga menggunakan Kaedah Perbandingan Tetap (Fixed Comparison) dan Analisis Matriks dalam menganalisa data, dimana keputusannya adalah bersifat deskriptif. Kesimpulan penting yang diperolehi daripada kajian ini, (1) tahap kefahaman ketua agama Islam dan Kristian adalah sama kerana kedua-duanya berada dalam kategori "Faham (F)”, iaitu tahap keempat dalam Skala Tahap Kefahaman Dialog (STKD).(2) Faktor utama yang menyumbang kepada pemahaman itu ialah (a) Faktor 1 (F1): tahap pendidikan / pendidikan formal dalam agama, (b) Faktor 2 (F2): mempunyai pengalaman terlibat dalam aktiviti dialog antara agama, dan (c) Faktor 3 (F3): tahap keagamaan. (3) Walaupun tahap kefahaman adalah sama bagi kedua-dua kumpulan responden tetapi Ketua Agama Kristian mendapat skala "Tinggi (T)” dalam pengukuran kesan kefahaman terhadap hubungan sosial. Sebaliknya Ketua Agama Islam berada di tahap pertengahan iaitu "Sederhana (S)” berdasarkan kepada Skala Kesan Hubungan \Sosial (SKHS). Menggunakan Analisis Matriks, keputusan menunjukkan perkaitan antara \pemahaman terhadap konsep asas dialog antara agama dengan perhubungan sosial responden tetapi ianya dicetuskan oleh beberapa faktor bagi setiap kumpulan responden. Kajian ini juga mendapati bahawa Faktor 4 (F4): Faktor Polisi Semasa (organisasi) mempunyai kewajaran yang tinggi yang menyebabkan keseluruhan impak sederhana terhadap perhubungan sosial Ketua Agama Islam menyebabkannya berada pada skala "Sederhana (SD)”. Ketua Agama Kristian pula sebaliknya mendapat skor "Tinggi (T)” terhadap hubungan sosial mereka yang disumbangkan oleh Faktor 1 (F1): Tahap pendidikan / pendidikan formal dalam agama dan Faktor 4 (F4): Faktor polisi semasa (organisasi).

Katakunci: Ketua Agama ; Dialog antara Agama ; Hubungan sosial ; Islam ; Kristian
 
Rujukan
 
Abdullah, A. B. (2004). Utusan Malaysia. 4 Ogos 2004.
 
Berg, B. L. (2009). Qualitative Research Method for the Social Sciences. c.7.Pearson Education Inc, Boston, USA.
 
Chua, Y.P (2006 a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill, Kuala Lumpur, Malaysia.

__________________. (2006 b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 2. McGraw- Hill, Kuala Lumpur, Malaysia.

Doctor, N. (2008). Multi–Track Diplomacy through Enhancing Interreligious Understanding: A case Study in Abrahamic Trialogue between Jordanian and American Students (disertasi untuk memenuhi sebahagian keperluan untuk Jordan: Moderization and Social Change School for International Training, University of Tulsa, Amman, Jordan).

Fitzsimmons, M. J. (2008). The Christian Practice of Hospitality: A Model for Interfaith Dialogue for Presbyterian & Roman Catholic Youth (Kertas kerja untuk memenuhi sebahagian daripada Degree of Doctor of Ministry Faculty of Pittsburgh Theological Seminary).

Ghazali, B. (1988). A Comparative Study on Religious Tolerence in Post –Independence Malaysia and Nigeria with Special Reference to Christian and Muslim Relation. (Tesis Doktor Falsafah, University Aberden).

Ghazali, B. (2005). Pengalaman Lalu, Cabaran Semasa dan Prospek, Siri Monograf 9 Dialog Antara Agama di Malaysia. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Halsall, A., & Roebben, B. (2006). Intercultural and Interfaith Dialogue through Education, Religious Education. 101(4):443-452. doi: 10.1080/00344080600948571
 
Hunt, R. (2009). Can Muslim Engage in Interreligious Dialogue? A study of Malay Muslim Identity in Contemporary Malaysia, The Muslim World. Vol.99. Blackwell Published Ltd, United Kingdom. doi: 10.1111/j.1478-1913.2009.01289.x

Lian, J. B. T. (2010). Sensemaking and Sensegiving during Organizational Change: A Case Study of a Singapore Religious Leader (Tesis Doktor Falsafah Pendidikan, George Washington University, USA).

Kamar Oniah, K. (2010). Inter-Faith Dialogue-Moving Forward: Setting Premises and Paradigm. Religion and Pluralistic Co-Existence: The Muhibbah Perspective(A Collection of Seminar Paper), IIUM Press, Kuala Lumpur, Malaysia.

Khairulnizam, M. K., & Suzy, A. S. (2012).Measuring religious leaders (Muslim – Non Muslim) understanding on Interfaith Dialogue basic concept and its effect to social relation: a preliminary, The Journal of Islamic Knowledge, 2 (2).

Khairulnizam, M. K. (2005). Realiti Aplikasi Dialog Antara Agama di Malaysia:Kajian Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Longchar, W. (2009). Beyond Four Walled Campuses: Model of Ecumenical Theological Education in Interfaith Issues in India, International Review of Mission, 98(1). doi : 10.1111/j.1758-6631.2009.00006.x
 
Lowndes, V., & Chapman, R. (2005). "Faith, hope and clarity: Developing a model of faith group involvement in civil renewal”, (Laporan Utama: Kajian ini di bawah program Civil Renewal Research Program yang dikelolai oleh Local Governance Research Unit, De Montfort University Leicester , United Kingdom.)

Mahathir, M. (2002). New Straits Time. Dipetik pada 27 Februari 2002.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study application in education, c.2, CA Jossey-Bass, San Francisco, USA.

Moberg, M. (2009). Experiencial Encounters: New Model of Interfaith Dialogue, (Tesis untuk memenuhi sebahagian daripada Degree of Master of Science di George Mason University).

Mohammed Abu Nimer (2001). Conflict Resolution, Culture and Religion: Towards a Traning Model of Interreligious Peacebuilding, Journal of Peace Research. Jil.38.London: Sage Publication (Diterbitkan bagi pihak International Peace Research Institute, Oslo, Norway).

Special Report. (2004). What Works? Evaluating Interfaith Dialogue Programs. United States Institute of Peace, Washington, USA.

Sterland, B., & Beauclerk, J. (2008). "aith Communities as Potential Agents for Peace Building in the Balkans (Analysis of faith-based interventions towards conflict transformation and lasting reconciliation in post-conflict countries of former Yugoslavia) (Laporan penuh penyelidikan yang ditaja oleh Norwegian Church Aid yang dijalankan pada 1 Oktober – 31 Disember 2007).

Wan Sabri, W. Y., & Arfah, A. M. (2012). Inter-Religious Dialogue Models in Malaysia, Global Journal Al Thaqafah, 2 (1): 7-13. doi : 10.7187/GJAT092012.02.01

Yasril, Y. (2005). Pro Kontra Dalam Pluralisme Agama: Kajian Terhadap Konflik Sosial Keagamaan dan Sikap Toleransi Beragama di Indonesia. (Tesis Doktor Falsafah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia).

Yusri, R. (2007). Dialog Antara Agama di Malaysia: Perkembangan Dalam Sejarah Separuh Abad Selepas Merdeka (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan III, anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia 6-7 Ogos 2007).